Kahoot Quiz Dan Kdb
23 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas diadakan adalah untuk meningkatkan daya pengetahuan peserta. Kahoot adalah platform yang merupakan pembelajaran jenis visual. Seterusnya, kahoot boleh menjadi sumber belajar dan media pembelajaran dalam generasi digital.
Oleh itu, mereka diberi bimbingan cara bagaimana untuk menjawab soalan menggunakan platform tersebut dengan gajet masing-masing. Akhir sekali, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Saya berharap agar, platform kahoot dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi daya pengetahuan dalam bidang ataupun subjek tertentu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: